Hasnul
Hasnul
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memperuntukkan lebih kurang RM850,000 bagi Geran Cabaran Pereka Harta Intelek (IPCC) tahun ini.

Naib Presiden Teknologi dan Kandungan Kreatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Hasnul Hadi berkata, IPCC platform terbaik bagi melahirkan idea baru dalam industri animasi.

Katanya, IPCC dilancarkan sejak 2006 dan menjadi pertandingan tahunan yang dibuka kepada rakyat Malaysia, sekali gus memangkinkan pertumbuhan industri kandungan kreatif negara.

“Tahun ini sebanyak RM850,000 geran IPCC ditawarkan MDEC untuk pemain industri yang ingin mengembangkan idea dan bakat mereka ke tahap profesional.

“IPCC ini bukan semata-mata mengenai geran, malah peserta dibantu mentor yang berjaya dalam industri ini.

“Sejak IPCC diperkenalkan, terdapat lebih kurang 20 syarikat yang telah berjaya menghasilkan produk kreatif terbaik dan menembusi pasaran tempatan dan antarangsa,” katanya.

Menurutnya, banyak syarikat animasi dan permainan digital yang memulakan langkah mereka dengan IPCC.

Hasnul berkata, selain mentor dalam pertandingan itu juga, MDEC membantu peserta mencari peluang mengembangkan karier dengan mencari pelabur dari luar negara.

Beliau berkata, MDEC turut menyediakan fasiliti tanpa had di Malaysia Animation & Creative Content Centre (MAC3) di Cyberjaya atau Level Up Inc bagi peserta IPCC.

Antaras syarikat animasi yang berjaya dengan IPCC termasuk Digital Durian, Monsta, Kami Studios, Sead Studio,Giggle Garage, Lil Critter Workshop dan Wau Animation.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 April 2018 @ 10:02 AM