LEE (kanan) bersama Duta Samsung Datuk Lee Chong Wei pada pelancaran Samsung QLED TV 2017 di Midvelly Megamall.
LEE (kanan) bersama Duta Samsung Datuk Lee Chong Wei pada pelancaran Samsung QLED TV 2017 di Midvelly Megamall.
Wan Nur Ameera Meor Rozman

Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics (SME) melancarkan rangkaian terbaru televisyen premiumnya menerusi pengenalan siri TV QLED yang hadir dengan spesifikasi yang sudah dinaikkan taraf.

Ketua Perniagaan Elektronik Pengguna Samsung Malaysia Jimmy Tan berkata, Samsung kekal komited untuk tampil dengan lebih banyak pembaharuan untuk setiap produk terbaru keluarannya supaya dapat memberi lebih nilai tambah kepada pengguna.

“Pengenalan TV QLED membawa inovasi baru terhadap industri televisyen kerana ia didatangkan dengan pelbagai ciri terbaru, antaranya teknologi Quantom Dot yang mampu memberikan kesempurnaan pada kualiti gambar dengan visual warna 100 peratus lebih baik berbanding model sebelumnya.

“Malah, dengan sokongan teknologi High Dynamic Range (HDR), siri TV QLED mampu menghasilkan paparan pada kualiti HDR1500-2000 yang bersamaan dengan kecerahan 1,500 hingga 2,000 batang lilin bagi memberikan impak visual semula jadi,” katanya pada pelancaran Samsung TV QLED, semalam.

Beliau berkata, rangkaian terbaru televisyen Samsung itu turut direka dengan hanya satu sambungan tunggal melalui One Connect Box bagi memberikan lebih kemasan pada ruang kediaman pengguna berbanding sambungan konvensional yang memerlukan banyak wayar.

Presiden SME Lee Sang Hoon berkata, dengan pelancaran itu, pihaknya yakin dapat terus mengekalkan kedudukan sebagai peneraju segmen televisyen di peringkat tempatan dan global, sekali gus mencatat sejarah 11 tahun berturut-turut menduduki takhta sama.

“Siri TV QLED didatangkan dengan enam model berlainan merangkumi pelbagai saiz untuk dimuat dan dipadankan dengan ruang kediaman yang berbeza. Menariknya, siri ini direka dengan ciri tiada jarak antara dinding untuk memanfaatkan sepenuhnya seluruh ruang kediaman,” katanya.

Dijual pada harga antara RM12,999 hingga RM99,999, rangkaian TV QLED itu boleh didapati di Kedai Jenama Samsung serta pengedar sah bermula semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2017 @ 2:00 AM