ROVANPERA berjaya merangkul kejuaraan rali dunia selepas aksi cemerlang di Auckland. FOTO AFP
ROVANPERA berjaya merangkul kejuaraan rali dunia selepas aksi cemerlang di Auckland. FOTO AFP
AFP

Auckland: Pelumba Finland, Kalle Rovanpera mencipta sejarah dengan muncul juara Kejohanan Rali Dunia ketika berbaki dua lagi pusingan selepas muncul juara pada hari terakhir Rali New Zealand di Auckland hari ini.

Kejayaan berkenaan hadir sehari selepas sambutan ulang tahunnya yang ke-22, sekali gus menjadikannya sebagai juara dunia paling muda dan yang pertama buat Finland selepas 20 tahun.

"Ia sangat melegakan selepas mengharungi musim cemerlang dan akhirnya kami di sini.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan, yang membuatkan saya boleh meluncur laju tahun ini berikutan menyediakan jentera dalam keadaan sempurna," katanya.

Walaupun terus beraksi dalam keadaan basah selama empat hari, Rovanpera tidak berdepan masalah untuk mengekalkan kedudukan pendahulu.

Meraih kemenangan kali ke-17 dan pada peringkat terakhir membolehkannya memungut mata bonus sekali gus dia tidak dapat dipintas oleh pencabar terdekatnya, Ott Tanak walaupun masih ada perlumbaan di Sepanyol dan Jepun.

Tanak dari Estonia menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, 48.5 saat (s) di belakang Rovenpera.

Juara dunia lapan kali dari Perancis, Sebastien Ogier menduduki tempat kedua, 34.6s di belakang Rovenpera.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2022 @ 2:52 PM