SUFFIAN (kiri) berkata penutupan 17 laluan utama itu akan dilakukan secara berperingkat. FOTO Ihsan Kuala Lumpur OCBC Cycle
SUFFIAN (kiri) berkata penutupan 17 laluan utama itu akan dilakukan secara berperingkat. FOTO Ihsan Kuala Lumpur OCBC Cycle
BERNAMA

Kuala Lumpur: Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup bagi memberi laluan sempena penganjuran acara kayuhan berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur (KL) 2024 pada Ahad ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Supt Suffian Abdullah, berkata penutupan 17 laluan utama itu akan dilakukan secara berperingkat bermula 6.30 pagi sehingga acara tamat itu kira-kira jam 9.30 pagi.

Menurutnya antara laluan terbabit adalah Jalan Raja Laut, Leboh Ampang; Jalan Mushi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Perak, Jalan P Ramlee, Jalan Kuching, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Kinabalu; Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Perak dan berakhir di Dataran Merdeka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pelan laluan acara itu, di sini, hari ini.

Sementara itru, Pengarah Urusan OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Julius Evanson berkata saingan OCBC Cycle KL 2024 edisi kelapan itu akan disertai oleh lebih 2,700 peserta yang membabitkan dua kategori iaitu kayuhan sejauh 21 kilometer (km) dan 42km (dua pusingan).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 9:39 PM