IGA kalah mengejut kepada Beatriz seterusnya gagal mara ke suku akhir Terbuka Kanada. FOTO AP
IGA kalah mengejut kepada Beatriz seterusnya gagal mara ke suku akhir Terbuka Kanada. FOTO AP
AFP

Toronto: Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek dikejutkan wakil Brazil, Beatriz Haddad Maia apabila kalah 4-6, 6-3, 5-7 di Terbuka Kanada, manakala Jessica Pegula pula mengalahkan penyandang juara, Camila Giorgi untuk menyertai Coco Gauff dan Simona Halep ke suku akhir.

Dalam set pembukaan bagi perlawanan 16 akhir itu, Iga melakukan double fault untuk meletakkan pemain bukan pilihan, Beatriz mendahului 3-2.

Pemain Brazil itu bergantung kepada servis kencang dan pukulan bawah untuk menutup ruang tanpa berdepan mata mematahkan servis.

Iga terpaksa bertahan daripada servisnya dimatikan sebanyak lima kali ketika aksi pembukaan set kedua dan berjaya mematahkan servis lawan untuk mendahului 5-2 sebelum mengheret aksi ke set penentuan.

Pemain nombor 24 dunia itu mematahkan servis Iga sebanyak tiga kali pada set ketiga, termasuk pada permainan terakhir ketika di mata kemenangan buat kali keempat.

"Saya tahu bahawa semua perlawanan di sini akan menjadi sangat sukar, bukan sahaja 20 pemain terbaik, seperti pusingan pertama adalah pusingan yang sangat, sangat sukar dan saya menang dalam tiga set juga.

"Tenis memang seperti ini. Tidak kira di mana anda bermain, gelanggang mana dan dengan siapa. Anda perlu mendorong diri anda ke permainan anda dan saya fikir itu adalah kunci untuk kedua-dua (tiga set kemenangan saya) dan saya sangat bangga dengan diri saya sendiri," kata Beatriz

Haddad Maia akan menentang sama ada pilihan kelapan dari Sepanyol, Garbine Muguruza atau pilihan ke-12 Belinda Bencic dari Switzerland di suku akhir.

World number 24 Haddad Maia broke Swiatek three times in the third set, including in the final game on her fourth match point when the Pole sent a forehand wide.

"I knew that all the matches here would be very tough, not only top 20 players, like the first round was a very, very tough round and I won in three sets as well," 26-year-old Haddad Maia said during her on-court interview.

"Tennis is like that. It doesn't matter where you are playing, which court and with who. You need to push yourself to improve your game and I think that was the key for both (of my three-set) victories and I am very proud of myself."

Haddad Maia will play either Spanish eighth seed Garbine Muguruza or 12th-seeded Belinda Bencic of Switzerland in the last eight of the U.S. Open tune-up event.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2022 @ 9:28 AM