VAN der Poel (kanan) meraikan kejayaan sebaik melintasi garisan penamat di Tour Flanders.
VAN der Poel (kanan) meraikan kejayaan sebaik melintasi garisan penamat di Tour Flanders.
AFP

Oudenaarde: Pelumba Belanda, Mathieu van der Poel memenangi perlumbaan Tour Flanders sejauh 273 kilometer (km) selepas bersaing hebat dengan Tadej Pogacar di kawasan bukit berbatu.

Kedua-dua pelumba itu berjaya melakukan breakaway ketika berbaki 20km dengan berlakunya aksi kejar-mengejar pada beberapa kilometer terakhir.

Ia membuka ruang buat pelumba Ineos, Dylan van Baarle meraih tempat kedua, manakala Valentin Madouas dari FDJ meraih tempat ketiga.

Pogacar yang kelihatan berang meraih tempat keempat selepas juara dua kali Tour de France itu tersalah langkah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2022 @ 1:24 AM