Tom Pidcock muncul juara dunia cyclo-cross di Arkansas. FOTO Agensi
Tom Pidcock muncul juara dunia cyclo-cross di Arkansas. FOTO Agensi
AFP

Paris: Juara Olimpik, Tom Pidcock muncul juara cyclo-cross dunia di Arkansas, ketika perlumbaan berlangsung tanpa kehadiran Wout van Aert dan Mathieu van der Poel yang kedua-duanya berkongsi antara tujuh kejuaraan lalu.

Pelumba Britain berusia 22 tahun, yang memenangi pingat emas acara basikal bukit di Jepun mengatasi juara Eropah, Lars van der Haar dari Belanda dan pemenang Piala Dunia, Eli Iserbyt dari Belgium dengan 30 saat dekat Fayetteville.

Pidcock menduduki tempat kedua pada 2020, menamatkan penguasaan pelumba Belgium, Van Aert dan Belanda, Van Der Poel yang memenangi setiap kejuaraan dunia sejak 2015 dalam Kelas Lelaki Elite.

Juara empat kali Van Der Poel, yang hanya melakukan penampilan pertama di Tour de France untuk enam hari tahun lalu, mengalami kecederaan belakang.

Van Aert pula melakukan persediaan untuk musim lumba basikal lebuh raya. Dia menang dua gelaran pada tahun lalu.

Pidcock menguasai kayuhan di empat daripada sembilan pusing dekat litar Fayetteville dan mendahului 30 saat ke atas Iserbyt.

"Ia agak sukar, kami harus berlumba secara taktikal," kata Pidcock pemenang pertama dari Britain bagi kategori senior.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 January 2022 @ 10:40 AM