Francis Ngannou (kiri) cabar Tyson Fury. FOTO Agensi
Francis Ngannou (kiri) cabar Tyson Fury. FOTO Agensi
Agensi

London: Juara heavyweight UFC, Francis Ngannou 90 peratus pasti bahawa dia akan berdepan Tyson Fury dalam pertarungan tumpuan selepas selesai mempertahankan kejuaraan pertamanya.

Ngannou, 34, menerima beberapa tawaran untuk menentang jaguh Britain itu menjelang usaha mempertahankan kejuaraan UFC 270 berdepan Ciryl Gane pada Ahad ini.

Jaguh yang dikenali dengan gelaran The Predator secara umum menerima cabaran Fury dan percaya dia akan memastikan pertarungan itu dapat dilaksanakan dengan juara heavyweight WBC selepas pertarungan berdepan Gane.

Apabila ditanya keyakinan mengenai pertarungan itu dia membalas dengan penuh keyakinan: "Daripada 10 .. boleh dikatakan ia berada pada 8. Kenapa tidak sembilan? Hanya untuk lebih konservatif."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 January 2022 @ 2:58 PM