JAGUH pecut mewakili pasukan Deceuninck Quickstep, Mark Cavendish memenangi peringkat ke-10 Tour de France, hari ini, yang juga kemenangan ketiga di kejohanan kali ini. FOTO AFP
JAGUH pecut mewakili pasukan Deceuninck Quickstep, Mark Cavendish memenangi peringkat ke-10 Tour de France, hari ini, yang juga kemenangan ketiga di kejohanan kali ini. FOTO AFP
AFP

Valence, Perancis: Mark Cavendish memenangi peringkat ketiga di Tour de France (TdF) 2021, hari ini, dan ketinggalan satu berbanding rekod kemenangan sepanjang zaman iaitu 34 dilakukan Eddy Merckx.

Sehubungan itu, Cavendish memiliki motivasi tinggi untuk mengatasi kesukaran.

Pada penghujung perlumbaan di laluan mendatar dari Albertville ke Valence, pelumba Britain berusia 36 tahun itu mengatasi pelumba Belgium, Wout van Aert dan Jasper Philipsen di garisan penamat untuk mengukuhkan kedudukan jersi hijau sebagai raja pecut dan ia adalah kemenangan ke-33 di kejohanan lumba basikal terhebat dunia itu.

Cavendish dimasukkan pada saat akhir bersama pasukan Deceuninck dan dia menggunakan kesempatan itu dan menamatkan kemarau lima tahun dengan memenangi perlumbaan peringkat keempat, keenam dan hari ini peringkat ke-10.

Dikenali sebagai 'Manx Missile' Cavendish tidak memiliki pasukan pada Disember selepas bekas mentor, Patrick Lefevere bersama pasukan Belgium itu dan dia berjaya mengatasi serangan virus yang menyebabkan cepat keletihan.

"Saya dilonjakkan dengan kasih sayang dan sokongan daripada seluruh dunia," kata Cavendish.

"Manusia akan mendapat inspirasi menerusi kebangkitan semula selepas menyangka ia sudah berakhir. Jika elemen itu boleh digunakan untuk mendapatkan inspirasi, ia memang menyeronokkan saya," kata Cavendish, yang pernah diserang virus Epstein Barr.

Karektor Cavendish lebih mudah untuk ditemu bual berbanding dua kemenangan awal.

"Saya tidak buat apa-apa hari ini, mereka menghadiahkannya kepada saya. Ia memang satu fenomena," katanya.

Cavendish bagaimanapun enggan mengulas mengenai pencapaian Merckx, iaitu pelumba Belgium yang memenangi Tour de France sebanyak lima kali.

Sementara itu, juara bertahan berusia 22 tahun, Tadej Pogacar mengekalkan jersi kuning sebagai pendahulu keseluruhan pada ketika dia menyimpan kuku sebelum dua pendakian gunung hebat terpaksa ditempuhi di Mont Ventoux, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 1:24 AM