BERNARD Tomic antara pemain yang memulakan kuarantin selama 14 hari di bilik hotel. FOTO AFP
BERNARD Tomic antara pemain yang memulakan kuarantin selama 14 hari di bilik hotel. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Seramai 25 pemain lagu harus menjalani kuarantin selama dua minggu sebelum menyertai Terbuka Australia, tatkala Covid-19 terus mengganggu persiapan saingan Grand Slam itu.

Semua pemain berkenaan menaiki kapal terbang dari Doha ke Melbourne dengan salah seorang penumpang, bukan dalam kalangan pemain, diuji positif walaupun sebelum berangkat keputusan menunjukkan dia negatif.

Mereka akan menyertai 47 pemain kali yang sudah dikuarantin dalam bilik hotel masing-masing untuk tempoh 14 hari di Melbourne, bermakna jumlah kesemuanya setakat ini adalah 72 pemain tidak dibenarkan meninggalkan bilik masing-masing untuk tempoh dua minggu.

"Seramai 58 penumpang dalam pesawat berkenaan termasuk 25 pemain. Kesemuanya menjalani kuarantin di hotel.

"Kesemua 25 pemain itu tidak dibenarkan meninggalkan bilik dalam tempoh 14 hari dan sehingga mereka bebas daripada sebarang masalah kesihatan. Mereka juga tidak dibenarkan berlatih," kata penganjur.

Pemain Perancis, Alize Cornet memuat naik di Twitter bahawa situasi berkenaan sangat tidak masuk akal sebelum memadamkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 12:30 AM