PEMAIN Osijek melepasi kawalan dua pemain Shonan. FOTO Mohd Rafi Mamat
PEMAIN Osijek melepasi kawalan dua pemain Shonan. FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Gol minit ke-31 oleh Haruto Hiroguchi membantu Shonan Bellmare mengikat juara bertahan bawah 14 tahun, NK Osijek 1-1 dalam saingan Piala Supermokh 2023 di Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Gambang, hari ini.

Shonan Bellmare bimbingan jurulatih, Ryuichi Hiota terlebih dahulu dikejutkan dengan gol lawan pada minit ke-2 oleh Matej Milicil yang mudah menewaskan penjaga gol, Yuta Nakaysuji.

Menurut Hiota, berhadapan juara bertahan (NK Osijek) sedikit menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemain Shonan terutama pada 15 minit pertama permainan dan terbukti apabila lawan menghasilkan jaringan seawal minit ke-2.

"Kesunggahan pemain saya bangkit terbukti apabila gol penyamaan dapat dihasilkan pada minit ke-31 oleh Hiroguchi yang melakukan rembatan untuk menewaskan penjaga gol, Jan Adzic.

"Fizikal menjadi kelebihan pasukan lawan yang mengamal corak permainan perlahan dan berhati-hati, pemain Shonan Bellmare sukar merampas bola setiap kali berada pada pemain lawan," katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, perlawanan seterusnya Shonan Bellmare esok bertemu pasukan tuan rumah, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Dream yang tidak kurang hebatnya.

Sementara itu, jurulatih NK Osijek, Ante Bekavac berkata pemainya agak kepenatan selepas mengharungi permainan pertama semalam bertemu AMD Dream yang berkesudahan seri 1-1.

"Banyak peluang terhidang tidak dapat dilakukan oleh jentera serangan. Saya berharap perlawanan dengan Piraya Football Academy esok berakhir dengan kejayaan dalam memastikan peluang melangkah ke peringkat separuh akhir tidak tercicir.

"Cuaca yang panas menjejaskan corak permainan pasukan NK Osijek kerana pemain cepat penat apabila banyak minum air," katanya yang berusaha mempertahankan kejuaraan bawah 14 tahun.

KEPUTUSAN HARI INI

Bawah 12 tahun

NFDP A 4 – 1 NFDP C

NFDP B 4 – 0 NFDP

Asiop Football Academy 1 – 1 Zhejiang Professional FC

Bawah 13 Tahun

Fagiano Okayama 1 - 5 AMD Dream

Evergrande Football School 1 – 3 KKS Lech Poznan

Hong Kong FA 3 – 0 AMD Future

Zhejiang Professional FC 2 – 0 Chonburi

Bawah 14 Tahun

Piraya Football Academy 0 – 7 AMD Dream

Buriram United 1 – 0 Spartak Trnava

Shonan Bellmare 1 – 1 NK Osijek

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2023 @ 6:34 PM