KANE menjaringkan 280 gol bersama Spurs.
KANE menjaringkan 280 gol bersama Spurs.
Agensi

London: Tottenham akhirnya menerima bidaan keempat Bayern Munich untuk mendapatkan Harry Kane dengan ikon Spurs itu dijangka meninggalkan kelab zaman remajanya, menurut laporan hari ini.

Spurs sebelum ini tiga kali menolak tawaran juara Jerman itu dan kekal dengan harga £100 juta (RM583 juta) yang ditetapkan mereka.

Masa semakin suntuk untuk kelab Bundesliga terbabit ketika Kane mahukan masa depannya dimuktamadkan menjelang Ahad ini apabila Tottenham memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford di tempat lawan.

Tetapi mereka kini menarik nafas lega selepas bidaan keempat diterima ketua Spurs Daniel Levy bagi membolehkan Kane bersiap sedia meninggalkan utara London.

Menurut The Athletic, tawaran lebih 100 juta euro (RM503.83 juta) diluluskan Tottenham dan kini kapten England berusia 30 tahun itu perlu membuat keputusan mengenai masa depannya.

Kane muncul penjaring terbanyak zaman Spurs dengan 280 gol dalam 435 penampilan dan hanya kurang 47 gol daripada rekod milik Alan Shearer sebagai penjaring terbanyak EPL iaitu 260 gol.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Ogos 2023 @ 6:10 PM