KHIDMAT Miura masih diperlukan Oliveirense.
KHIDMAT Miura masih diperlukan Oliveirense.
Reuters

Lisbon: Penyerang Jepun Kazuyoshi Miura mungkin pemain bola sepak profesional paling tua di dunia tetapi dia belum bersedia menggantung kasut bolanya.

Malah pemain berusia 56 tahun itu yang dikenali King Kazu melanjutkan kontraknya dengan kelab divisyen dua Portugal Oliveirense awal pagi tadi.

Miura bekas pemain antarabangsa Jepun yang mempunyai 90 kap di antara 1990-2000 menjaringkan 55 gol menyertai Oliveirense pada Januari secara pinjaman daripada kelab Liga J1 Jepun Yokohama.

"Kazu Miura terus bersama kami di UD Oliveirense," menurut kelab Liga 2 Portugal itu dalam Twitter awal pagi tadi tanpa menjelaskan tempoh kontrak.

Pada November lalu, taikun restoran Onodera GroupYokohama muncul pemilik saham terbesar Oliveirense.

Miura yang dianggap antara legenda bola sepak Jepun memulakan karier profesionalnya di Brazil pada era 80-an dan beraksi bersama Santos, Palmeiras dan Coritiba.

Dia kemudiannya menyertai kelab divisyen dua Yokohama pada 2005 selepas berpindah dari kelab liga utama Jepun Vissel Kobe.

Miura turut beraksi untuk skuad futsal Jepun pada 2012 dan tampil di Piala Dunia Futsal 2012 pada usia 45 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Julai 2023 @ 7:37 AM