NEVES mengikat perjanjian tiga tahun bersama Al-Hilal. -FOTO AFP
NEVES mengikat perjanjian tiga tahun bersama Al-Hilal. -FOTO AFP
AFP

Paris: Kapten Wolves, Ruben Neves menjadi pemain utama terbaru yang berhijrah ke Arab Saudi apabila pemain antarabangsa Portugal berusia 26 tahun menyertai Al-Hilal.

"Daripada 'Wolves' kepada pasukan terbesar di Asia," Al-Hilal mengumumkan di media sosial selepas pemain itu menandatangani perjanjian tiga musim di Paris.

Neves meninggalkan Wolves selepas enam musim dengan "rekod bayaran kelab", umum pasukan itu dengan nilai yang dilaporkan sekitar €55 juta euro (RM280.96 juta).

Neves yang tiba di Wolves dari Porto, mempunyai satu tahun kontrak di Molineux.

Dia menyertai Liga Pro Saudi selepas Karim Benzema dari Real Madrid, 35, dan Cristiano Ronaldo, 38, dalam apa yang dijangka hanya permulaan siri perpindahan bintang yang berpangkalan di Eropah.

Pemain tengah Perancis yang memenangi Piala Dunia, N'Golo Kante, 32, turut bersama menyertai Benzema di Al-Ittihad.

Neves membuat 253 penampilan untuk Wolves, menjaringkan 30 gol, sejak tiba pada 2017.

"Ruben mempunyai apa yang anda cari dalam bola sepak; seorang pemimpin, seorang yang merendah diri dan pemain bola sepak yang sangat berbakat yang membawa Wolves ke tahap yang berbeza," kata pengarah sukan pasukan Inggeris itu Matt Hobbs.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Jun 2023 @ 8:02 AM