PEMAIN Kelantan  FC, Kenta Hara (kanan) cuba melepasi pemain Selangor FC II, Sharul Nazeem Zulpakar pada perlawanan  di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, semalam. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
PEMAIN Kelantan FC, Kenta Hara (kanan) cuba melepasi pemain Selangor FC II, Sharul Nazeem Zulpakar pada perlawanan di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, semalam. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Ketua Jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila pasukannya tewas 1-2 kepada Selangor FC 2 pada aksi Liga Perdana di tempat sendiri, semalam.

Rezal berkata, kekalahan itu menyaksikan Kelantan ketinggalan dan menyempitkan peluang muncul juara Liga Perdana.

Katanya, persembahan pasukan di babak pertama sangat mengecewakan, namun perlu akur dengan keputusan.

"Kelekaan pemain menyebabkan dua gol mudah, ini akibat kalau kita hilang fokus. "Saat kita perlukan kemenangan, akhirnya kita terpaksa menelan kepahitan," katanya.

Rezal berkata, selepas tempoh rehat dua minggu, pemain sepatutnya menampilkan permainan jauh lebih baik berbanding perlawanan masa terdekat yang dilalui sebelum ini.

Menurutnya, mereka akan berdepan Kelantan United Football Club (KUFC) pada aksi terakhir liga dan berharap dapat mencatatkan kemenangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2022 @ 7:22 PM