POPE lapan kali pernah mewakili England dan tampil dalam 141 aksi liga bersama skuad Clarets. FOTO AFP
POPE lapan kali pernah mewakili England dan tampil dalam 141 aksi liga bersama skuad Clarets. FOTO AFP
AFP

London: Newcastle menandatangani penjaga gol England, Nick Pope dari Burnley dalam perjanjian dilaporkan bernilai £10 juta (RM54.04 juta) hari ini.

Pope bersetuju dengan kontrak empat tahun bersama skuad kendalian Eddie Howe selepas lulus ujian perubatan di Tyneside.

Pemain berusia 30 tahun itu lapan kali pernah mewakili England dan tampil dalam 141 aksi liga bersama skuad Clarets.

Newcastle mendapatkan Pope selepas Burnley tersingkir ke Liga Kejuaraan musim lalu.

"Kini saya di sini, saya tidak sabar untuk bermula. Perjanjian itu mengambil masa beberapa minggu untuk membuahkan hasil, tetapi ia dapat disempurnakan dan saya gembira berada di sini dan tidak sabar untuk bermain," kata Pope

Pope akan memberikan saingan sengit buat penjaga gol utama Newcastle, Martin Dubravka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Jun 2022 @ 9:33 AM