PEMAIN dan penyokong Manchester City meraikan kejayaan mempertahankan gelaran EPL, musim lalu. FOTO REUTERS
PEMAIN dan penyokong Manchester City meraikan kejayaan mempertahankan gelaran EPL, musim lalu. FOTO REUTERS
Reuters

London: Manchester City akan memulakan kempen mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kunjungan ke West Ham United.

Manakala musim baharu liga akan dimulakan dengan aksi setempat kedua berturut-turut apabila Crystal Palace menanti kunjungan Arsenal.

Liverpool yang menamatkan liga di tempat kedua musim lalu, akan berkunjung ke kelab baharu layak, Fulham manakala Nottingham Forest ke Newcastle United untuk memulakan kepulangan mereka ke Liga Perdana Inggeris selepas 23 tahun.

Chelsea akan memulakan musim di bawah pemilik baharu diketuai Todd Boehly dan Clearlake Capital dengan kunjungan ke Everton manakala Bournemouth akan menanti kunjungan Aston Villa pada perlawanan pertama mereka di liga utama.

Manchester United yang dibimbing jurulatih baharu, Erik ten Hag akan memulakan kempen dengan menanti kunjungan Brighton & Hove Albion dan Tottenham Hotspur melayan Southampton.

Musim baharu Liga Perdana Inggeris akan bermula pada 5 Ogos dan berakhir pada 28 Mei.

Rehat pertengahan musim akan bermula pada 12 November untuk Piala Dunia Qatar 2022, yang berlangsung dari 21 November hingga 18 Disember.

Aksi liga akan bersambung semula pada Boxing Day.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2022 @ 7:02 PM