PENGENDALI Tottenham, Antonio Conte. -FOTO AFP
PENGENDALI Tottenham, Antonio Conte. -FOTO AFP
AFP

London: Pengurus Tottenham Antonio Conte membidas bos Arsenal, Mikel Arteta kerana tidak puas hati mengenai jadual perlawanan The Gunners yang padat.

Arteta mengkritik Liga Perdana kerana jadual padat Arsenal yang bertemu Liverpool pada Rabu dan kemudiannya Aston Villa pada Sabtu.

Pengendali dari Sepanyol itu merungut dan mengatakan 'terima kasih kepada Liga Perdana' dan mengatakan keputusan itu 'tidak adil.'

Tapi Conte percaya Arteta tidak mempunyai hak untuk mengadu selepas Arsenal berjaya meminta penangguhan pertemuan Tottenham pada Januari lalu.

Arsenal berkata, mereka tidak mempunyai pemain yang cukup untuk menempuhi perlawanan itu di tengah-tengah pandemik Covid-19 dan krisis kecederaan.

Namun pasukan Arteta dilaporkan hanya mempunyai satu kes positif Covid-19 dan Liga Perdana mengubah peraturan mengenai penangguhan perlawanan susulan insiden itu.

"Arteta harus ingat perlawanan itu ditangguhkan. Tottenham-Arsenal. Jika kami bercakap mengenai tidak adil," kata Conte.

"Secara umumnya saya rasa jawapan saya sudah memadai. Jika seseorang mahu berfikir tentang adil atau tidak adil, perlawanan sudah ditangguhkan, Tottenham menentang Arsenal, adakah anda ingat.

"Saya tidak akan lupakan ini. Dan tidak ada hak untuk bercakap mengenai adil atau tidak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2022 @ 9:42 AM