Keadaan di Stadium Anfield. FOTO Agensi
Keadaan di Stadium Anfield. FOTO Agensi
Agensi

London: Liverpool menutup pusat latihan pasukan utama buat sementara selepas penularan kes Covid-19 dengan pembantu pengurus, Pep Lijnders antara individu terbaru yang menjalani pengasingan.

Keputusan mengenai permintaan mereka untuk menangguhkan perlawanan pertama Separuh Akhir Piala Liga di Arsenal masih belum mendapat kepastian.

Beberapa tambahan kes dikesan beberapa hari lalu. Kemudahan latihan akan ditutup sekurang-kurangnya 48 jam.

Kelab itu berkata keputusan dibuat selepas mengadakan rundingan dengan pihak kesihatan.

Lijnders mengambil alih pasukan pada aksi Liga Perdana ketika Reds seri 2-2 di Chelsea dengan pengendali Reds, Jurgen Klopp menjalani tempoh pengasingan.

Pemain seperti Alisson, Joel Matip dan Roberto Firmino terlepas aksi itu dan tiga lagi kakitangan turut diuji positif Covid-19.

Tekanan bertambah buat Liverpool selepas bintang mereka Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita menyertai pasukan negara masing-masing bagi Piala Negara Afrika.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 9:20 PM