Bintang Liverpool, Mohamed Salah meledak hatrik ketika berdepan Manchester United dalam saingan Liga Perdana di Old Trafford semalam. FOTO AFP
Bintang Liverpool, Mohamed Salah meledak hatrik ketika berdepan Manchester United dalam saingan Liga Perdana di Old Trafford semalam. FOTO AFP
Agensi

London: Bintang Liverpool, Mohamed Salah melakar sejarah sebagai pemain daripada benua Afrika yang menjaringkan gol terbanyak di Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus mengatasi penyerang legenda Chelsea dan Ivory Coast Didier Drogba.

Penyerang kebangsaan Mesir itu meledak hatrik ketika kemenangan 5-0 ke atas Manchester United di Old Trafford awal pagi semalam untuk membolehkannya mengumpul 107 gol dalam 167 perlawanan iaitu kurang 87 perlawanan berbanding Drogba.

Drogba masih memegang rekod berkenaan sebelum Liverpool bertemu Watford, tetapi selepas empat gol dalam dua perlawanan, Salah kini dianggap sebagai Raja Afrika dalam saingan EPL sepanjang zaman.

Legenda Chelsea itu mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian penyerang itu yang menjadi tonggak kepada kebangkitan skuad Reds.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 1:23 PM