PHILLIPS  (kiri) dan Rice  meraikan kemenangan ke atas Denmark. FOTO EPA
PHILLIPS (kiri) dan Rice meraikan kemenangan ke atas Denmark. FOTO EPA
Agensi

London: Gareth Southgate menegaskan Declan Rice dan Kalvin Phillips tidak akan gentar berdepan barisan pemain tengah Itali selepas apa yang dipamerkan ketika berdepan Luka Modric dan Toni Kroos.

Itali kini tidak tewas 33 perlawanan yang juga rekod baharu negara itu dan kehebatan mereka ditunjangi bahagian tengah yang diterajui Nicolo Barella, Jorginho serta Marco Verratti.

"Itali miliki ramai pemain bagus, mempunyai pelan taktikal yang bagus, jurulatih berpengalaman dan rekod hebat sejak 30 perlawanan lalu, jadi kami sedar perkara itu,'' kata Southgate.

"Tetapi pemain seperti Rice dan Phillips beraksi sangat bagus sepanjang kejohanan. Mereka telah pun berdepan pemain seperti Luka Modric dan Toni Kroos yang jauh lebih berpengalaman di peringkat Eropah jadi ia menjadi aset berguna ketika menentang Itali.

"Kami berbeza, miliki kekuatan sendiri, cara kami sendiri yang dibantu kekuatan pemain. Itulah kecantikan bola sepak, setiap pasukan miliki kekuatan berbeza. Kami akan bermain dengan cara kami dan itu yang akan dilakukan malam ini,'' katanya ketika sidang akhbar semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 8:29 AM