RONALDO (kiri) dilihat memakai pelindung kaki khas ketika bertemu Benzema selepas tamat perlawanan. FOTO EPA
RONALDO (kiri) dilihat memakai pelindung kaki khas ketika bertemu Benzema selepas tamat perlawanan. FOTO EPA
Agensi

Seville: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo memakai pelindung kaki yang mempunyai gambarnya bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez pada saingan Euro 2020.

Ia mungki salah satu cara untuk Ronaldo mahu memastikan teman wanitanya itu sentiasa bersamanya apabila menggalas tugasan antarabangsa dalam usaha mempertahankan kejuaraan Euro pada kempen kali ini.

Sehingga kini, 'pelindung kaki rahsia' itu tampak membawa tuah kepada Ronaldo.

Ronaldo sudah menjaringkan gol sebanyak lima kali pada saingan peringkat kumpulan termasuk dua gol ketika bertemu juara dunia, Perancis.

Dia dilihat memakai pelindung kaki khas itu selepas perlawanan berkenaan ketika berbual bersama bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Karim Benzema.

Gambar itu menunjukkan Ronaldo bersama Georgina berada di dalam jet peribadi. Gambar sama pernah di muat naik di Instagram Georgina pada 6 Mei 2021.

Ronaldo sememangnya dilihat amat menyayangi teman wanitanya itu yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepadanya.

Ronaldo dan Portugal akan bertemu pasukan ranking pertama dunia, Belgium pada pusingan kedua di Seville awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Jun 2021 @ 7:15 AM