REYNODLS (kiri) dan McElhenney sedia untuk membabitkan diri dalam arena bola sepak. FOTO Agensi
REYNODLS (kiri) dan McElhenney sedia untuk membabitkan diri dalam arena bola sepak. FOTO Agensi
AFP

London: Hasrat bintang Hollywood, Ryan Reynolds untuk mengambil alih kelab kerdil Wales, Wrexham semakin hampir menjadi realiti selepas mendapat persetujuan pengawal selia kewangan.

Wrexham beraksi di divisyen lima saingan bola sepak England jauh dari dunia popular dan terkenal seluruh dunia seperti Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, ia tidak menghalang pelakon Deadpool itu dan seorang lagi pelakon, Rob McElhenney yang ingin mengubah pasukan berkenaan terkenal di seluruh dunia.

Ahli Wrexham Supporters Trust 98.6 peratus mengundi bersetuju untuk menerima tawaran itu November lalu namun pengambilalihan pasukan milik peminat itu tertakluk kepada persetujuan Pihak Berkuasa Amalan Kewangan (FCA).

Kelab itu berkata, mereka sekarang mendapat izin dan berharap dapat menyelesaikan penjualan minggu depan.

"Wrexham Supporters Trust dengan sukacitanya memaklumkan kepada penyokong bahawa kami hari ini mendapat kelulusan dari FCA.

"Kedua-dua pihak kini akan berusaha untuk menyelesaikan penjualan saham secara rasmi di Wrexham AFC minggu depan," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Pelakon berkenaan menyalurkan sumbangan kepada kelab bagi membantu pembelian pemain pada jendela perpindahan Januari sambil menunggu pengambilalihan kelab.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2021 @ 11:34 AM