PIQUE mengalami kecederaan lutut ketika menentang Atletico. FOTO Agensi
PIQUE mengalami kecederaan lutut ketika menentang Atletico. FOTO Agensi
AFP

Madrid: Pemain Bercelona, Gerard Pique mengalami kecederaan lutut serius, selepas perkara itu disahkan oleh kelab berkenaan dan pertahanan itu dijangka berehat sekurang-kurang dua bulan.

Pique menangis ketika dipimpin keluar dari padang ketika Barca kalah 0-1 kepada Atletico Madrid dalam saingan La Liga semalam selepas berlanggar dengan Angel Correa.

"Ujian menunjukkan dia mengalami kecederaan ligamen tahap tiga dan separuh ligamen Anterior Cruciate Ligament (ACL) lutut kanan," kata Barcelona dalam satu kenyataan.

Kelab berkenaan juga mengesahkan Sergi Roberto, yang boleh bermain di pertahanan kanan atau tengah, juga tidak dapat beraksi selama dua bulan selepas mengalami koyak otot paha.

Tidak ada kenyataan rasmi bila Pique akan kembali namun laporan media Sepanyol menjangkakan dia tidak dapat beraksi selama dua hingga enam bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 10:46 PM