Lautaro Martinez meledak gol kedua Argentina. FOTO File AFP
Lautaro Martinez meledak gol kedua Argentina. FOTO File AFP
Agensi

Lima, Peru: Nicolas Gonzalez mengekalkan rentak jaringan dan Lautaro Martinez turut mencetak nama dalam senarai penjaring untuk membantu Argentina mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan Peru, 2-0, pada saingan kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan 2022, sebentar tadi.

Sebelum ini, rekod kemenangan awal saingan Argentina terganggu dengan keputusan seri 1-1 menentang Paraguay Sabtu lalu, bagaimanapun skuad Albiceleste bangkit mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perjalanan ke Qatar 2022.

Gonzalez yang meledak gol penyamaan ketika menentang Paraguay, membuka jaringan dengan gol kedua antarabangsanya dalam lima penampilan pada minit ke-17 sebelum Martinez menggandakan jaringan buat Argentina mendahului selesa 11 minit kemudian.

Kemenangan itu mengekalkan kedudukan di carta kedua kumpulan dan dua mata di belakang pendahulu, Brazil selepas menempuhi empat perlawanan.

Keputusan kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan 2022:

di Quito

Ecuador 6 (Arboleda 7, Mena Delgado 9, Estrada Martinez 32, Arreaga 39, Plata 78, Estupinan 90+1) Colombia 1 (Rodriguez 45+1-pen)

di Caracas

Venezuela 2 (Mago 9, Rondon 81) Chile 1 (Vidal 15)

di Asuncion

Paraguay 2 (A. Romero 19-pen, Kaku 72) Bolivia 2 (Moreno 41, B. Cespedes 45)

di Montevideo

Uruguay 0 Brazil 2 (Arthur 33, Richarlison 45)

di Lima

Peru 0 Argentina 2 (Gonzalez 17, Martinez 28)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2020 @ 12:08 PM