LEE Zii Jia. FOTO Badminton Photo
LEE Zii Jia. FOTO Badminton Photo
Helmi Talkah


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia akhirnya menamatkan badi kekalahan pusingan pertama apabila melangkah ke pusingan kedua Terbuka Australia, hari ini.

Bagaimanapun, bekas juara Seluruh England itu tidak diberikan laluan mudah apabila diberi tentangan sengit oleh rakan senegara, Leong Jun Hao yang mengheret aksi di Pusat Sukan Sydney itu sehingga set penentuan.

Zii Jia tewas set pertama 12-21 sebelum kembali bangkit memenangi dua set berikutnya dengan kemenangan 21-17, 21-16.

Sebelum ini, Zii Jia yang berada di kedudukan ranking ke-17 dunia tewas di pusingan pertama sebanyak empat kali berturut-turut bermula di Terbuka Singapura, Terbuka Indonesia, Terbuka Korea dan Terbuka Jepun.

Pemain bimbingan Wong Tat Meng itu akan bertemu wakil India, Mithun Manjunath bagi perebutan tiket ke suku akhir, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2023 @ 9:28 PM