ABRAHAM, Chilwell dan Sancho dihalang untuk menyertai kem latihan England buat sementara waktu. FOTO Agensi
ABRAHAM, Chilwell dan Sancho dihalang untuk menyertai kem latihan England buat sementara waktu. FOTO Agensi
AFP

London: Dua pemain Chelsea, Tammy Abraham dan Ben Chilwell bersama tonggak Borussia Dortmund, Jadon Sancho tidak akan menyertai skuad England hari ini selepas ketiga-tiga mereka dirakamkan gagal mematuhi larangan Covid-19 di majlis sambutan hari jadi.

Abraham dan Sancho sudah meminta maaf berikutan rakaman yang menunjukkan pemain berkenaan menyertai majlis sambutan hari jadi di London dengan dihadiri lebih daripada enam individu.

Aktiviti pengumpulan lebih daripada enam individu tidak dibenarkan di England selepas ia termaktub dalam larangan Covid-19.

"Sebagai langkah berjaga-jaga untuk tidak berlakunya kepada kelompok yang lebih ramai, kehadiran Abraham, Chilwell dan Sancho dalam skuad England ditangguhkan.

"Ia bagi membolehkan kita mempunyai masa mengumpul maklumat lebih lanjut mengenai pengumpulan sosial itu yang dilaporkan dihadiri oleh ketiga-tiga pemain hujung minggu lalu," kata Persatuan Bolasepak England (FA).

Ia berlaku sebulan selepas Phil Foden dan Mason Greenwood dihantar pulang kerana melanggari peraturan Covid-19 ketika skuad bimbingan Gareth Southgate berada di Iceland.

"Saya tiba di rumah dan terkejut mendapati mereka melakukan kejutan sambutan hari jadi dalam kelompok kecil.

"Walaupun saya selama sekali tidak menyedari ia dirancang, saya ingin memohon maaf di atas kesalahan itu.

"Apa yang boleh saya buat daripada peristiwa itu ialah menjadikannya sebagai satu pengajaran, saya meminta maaf kepada semua orang dan akan pastikan ia tidak akan berlaku lagi," kata Abraham.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 1:22 PM