ANCELOTTI mahu terus membentuk pasukan mantap. FOTO AFP
ANCELOTTI mahu terus membentuk pasukan mantap. FOTO AFP
AFP

GANDINGAN semula James Rodriguez dan Carlo Ancelotti di Everton selepas bekerjasama ketika di Real Madrid dan Bayern Munich menunjukkan cita-cita kelab itu tidak pernah pudar untuk berada di kelompok enam terbaik Liga Perdana Inggeris.

Namun langkah berbelanja besar pemilik kelab, Farhad Moshiri setakat ini masih belum membuahkan hasil di Goodison Park.

Sejak ahli perniagaan itu menguasai saham kelab pada Februari 2016, lebih £400 (RM2.12 bilion) sudah dibelanjakan untuk membeli pemain baharu dan melantik pengurus berprofil tinggi.

Musim lalu, selepas tujuh bulan pertama Ancelotti membimbing kelab itu, Everton sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-12.

Ancelotti enggan menamatkan karier singkat di Everton sebaliknya tetap bersemangat untuk terus membentuk pasukan mantap.

"Kelab melakukan tugas dengan cemerlang. Barisan pemain adalah keutamaan kami," kata Ancelotti.

"Saya rasa sasaran utama kami adalah untuk bersaing di kedudukan teratas Liga Perdana sekali gus dapat beraksi di saingan Eropah musim depan.

"Sasaran itu adalah jelas. Kami mempunyai keinginan dan bercita-cita tinggi. Saya rasa kami mampu melakukannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 11:31 AM