LEWANDOWSKI  bersama trofi Liga Juara-Juara di Stadium Luz, Lisbon. FOTO AFP
LEWANDOWSKI bersama trofi Liga Juara-Juara di Stadium Luz, Lisbon. FOTO AFP
AFP

ROBERT Lewandowski menamatkan kempen Liga Juara-Juara musim 2019/20 sebagai penjaring terbanyak dengan 15 gol.

Dia hampir menambah koleksinya kepada 16 pada babak pertama namun sedikit tersasar ketika menewaskan Paris Saint-Germain 1-0 dalam aksi final, awal pagi tadi.

Bintang Poland itu mengakhiri kempen musim ini dengan 55 jaringan keseluruhan dalam semua kejohanan.

Bagaimanapun, kehebatan Cristiano Ronaldo dengan 17 gol pada musim 2013-2014 kekal sebagai rekod jaringan terbanyak Liga Juara-Juara dalam satu musim.

LEWANDOWSKI dikasari pertahanan PSG,   Thiago Silva. FOTO AFP
LEWANDOWSKI dikasari pertahanan PSG, Thiago Silva. FOTO AFP

Senarai penjaring:

15: Lewandowski (Bayern Munich)

10: Haaland (Dortmund)

9: Gnabry (Bayern Munich)

6: Depay (Lyon), Jesus (Man City), Kane (Tottenham), Mertens (Napoli), Sterling (Man City)

5: Benzema (Real Madrid), Icardi (PSG), Ilicic (Atalanta), Martínez (Inter Milan), Mbappe (PSG), Son Heung-min (Tottenham), Suarez (Barcelona)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2020 @ 7:45 AM