KEEMPAT-empat pemain terpaksa mengusung beg sendiri apabila aksi berkenaan tidak dibenarkan menggunakan kedi. FOTO AFP
KEEMPAT-empat pemain terpaksa mengusung beg sendiri apabila aksi berkenaan tidak dibenarkan menggunakan kedi. FOTO AFP
Agensi

KEMENANGAN tie-break pemain nombor satu dunia, Rory McIlroy dan rakan sepasukan, Dustin Johnson pada perlawanan amal Skins di Seminole Golf Club di Juno Beach, Florida semalam berlangsung dengan agak mendebarkan selepas tanpa kehadiran penonton dan bunyi tepukan berikutan Covid-19.

Dengan memakai mikrofon ia boleh mendengar perbincangan dan suara kekecewaan, tiada kedi juga memaksa McIlroy dan Johnson yang berdepan Rickie Fowler dan Matthew Wolff, mengangkat beg sendiri dan ia sebagai mematuhi prosedur penjarakan sosial.

Peminat golf yang bersemangat dapat melihat aksi keempat-empat pemain ini secara siaran langsung walaupun pada awal saingan mereka banyak bersembang kosong, sebelum McIlroy mengetepikan Wolff di lubang kedua melalui pukulan putt.

"Saya rasa anda terlupa saya memenangi dua kejuaraan Piala FedEx dengan jumlah AS25 juta (RM108 juta). Ia tidak mengganggu saya, anak muda," kata McIlroy.

Bagaimanapun, Fowler berjaya bangkit dengan membenam tujuh birdie seterusnya memberi tekanan kepada pemain nombor satu dunia itu dan Johnson, pasangan yang mengumpul lima kejuaraan utama.

Akhirnya kejuaraan itu terpaksa diputuskan dengan lubang tiebreak, di mana Mcllroy membantu meraih kejuaraan hasil pukulan jauh yang mantap sekali gus memudahkan rakan sepasukannya untuk menamatkan saingan.

"Seminole greens boleh menjadikan bola bergolek dengan keadaan yang melucukan walaupun anda fikir sudah melakukan pukulan dengan baik," kata McIlroy.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 2:36 PM