Penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez. FOTO File Agensi
Penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez. FOTO File Agensi
Agensi

BINTANG Inter Milan, Lautaro Martinez harus menolak perpindahan ke Barcelona kerana dia mungkin dijadikan pemain gantian di juara LaLiga berkenaan menurut, Fabio Capello.

Martinez dilaporkan menjadi sasaran perpindahan utama Barca ketika gergasi Sepanyol berkenaan melihat untuk menandatangani pemain pengganti jangka panjang buat penyerang veteran, Luis Suarez.

Turut dikaitkan ke Real Madrid dan Manchester City, Martinez sudah menjaringkan 16 gol dalam 31 perlawanan dalam semua kejohanan sebelum aksi liga dihentikan kerana pandemik Covid-19.

Begitupun, bekas ketua jurulatih Madrid, Milan dan Juventus, Capello mendesak pemain kebangsaan Argentina itu untuk kekal di Inter.

"Kalau saya lebih baik kekal di Inter," kata Capello kepada La Gazzetta dello Sport.

"Di Barcelona mungkin dia menjadi pemain gantian."

Martinez mempunyai klausa pelepasan bernilai 111 juta Euro (RM525.3 juta) dan Inter dilaporkan enggan menerima pengurangan untuk merealisasikan minat Barca itu.

Tapi krisis Covid-19, yang memberi kesan besar di seluruh dunia, turut menjejaskan kewangan bola sepak dan pasaran perpindahan.

"Pasaran akan menentukannya," tambah Capello. "Beberapa angka tidak masuk akal sudahpun kelihatan, tetapi kini kita kembali kepada tahap yang sepatutnya.

"Pada pandangan saya pasukan tunggal di Sepanyol yang tidak akan hancur kerana pandemik adalah Real Madrid.

"Barcelona dan Atletico Madrid akan berdepan tempoh yang cukup sukar."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 11:02 AM