Phee Jinq En jalani latihan di Amerika Syarikat.
Phee Jinq En jalani latihan di Amerika Syarikat.
Aida Adilah Mat


SELEPAS berbincang secara menyeluruh dengan keluarga, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Majlis Sukan Negara (MSN), perenang negara yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat, Phee Jinq En memutuskan untuk kekal berada di sana.

Selain itu atlet olahraga negara, Muhammad Irfan Shamsuddin turut memutuskan kekal menetap di Prague, Republik Czech sehingga pandemik Covid-19 ini dapat dibendung.

Majlis Sukan Negara (MSN) turut menjalankan proses kaji selidik membabitkan atlet negara yang berada di luar negara di mana majoriti daripada mereka memilih untuk terus kekal di tempat masing-masing.

Muhammad Irfan berada di Prague
Muhammad Irfan berada di Prague

Jinq En yang kini mencari slot ke Olimpik Tokyo memutuskan untuk terus kekal berada di AS dan dia berasakan ia adalah keputusan terbaik ketika ini.

“Sudah banyak kali saya ditanya mengenai keputusan dan ada yang mendesak untuk saya pulang. Tapi selepas mengadakan perbincangan secara menyeluruh dengan keluarga dan ASUM serta jurulatih, saya memutuskan bahawa keputusan terbaik adalah kekal di AS.

“Apa yang perlu dilakukan adalah mengambil langkah keselamatan tambahan sehingga permasalahan ini selesai.

Walau bagaimanapun terima kasih kepada semua atas keprihatinan anda. Semoga semua selamat dan kekal sihat kawan-kawan,” kata Jinq En dalam laman facebooknya.

Jinq En kini menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pengurusan di Universiti Purdue, Indiana menyumbangkan dua emas dalam acara 50m dan 100m kuak dada di Sukan Sea Filipina dengan catatan rekod baharu kebangsaan 31.40s dalam acara 50m kuak dada.

Sementara itu, ketua jurulatih Olahraga, Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata, Irfan juga memutuskan untuk berada Republik Czech.

Manshahar berkata, keadaan di sana tidak begitu membimbangkan dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak mempunyai masalah apabila Irfan untuk terus kekal berada di sana.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2020 @ 11:54 PM