XANDER Schauffele dari Amerika Syarikat semasa pusingan ketiga Kejohanan Sentry Tournament Of Champions.  FOTO AFP
XANDER Schauffele dari Amerika Syarikat semasa pusingan ketiga Kejohanan Sentry Tournament Of Champions. FOTO AFP
Reuters

JUARA bertahan Xander Schauffele hampir pasti mengulangi kejayaannya apabila mendahului satu pukulan pada pusingan ketiga Pertandingan Juara-Juara Sentry di Hawaii awal pagi tadi.

Schauffele mendahului saingan hari itu dengan kelebihan satu pukulan dan menamatkan pusingan dengan catatan yang sama selepas mencatat dua di bawah par 71 ketika cuaca berangin di lapangan Kapalua Plantation, Maui.

Pemain Amerika Syarikat itu melangkah ke pusingan akhir esok dengan 11 di bawah par 208, dengan rakan senegara Justin Thomas menghampirinya dengan 69 pukulan.

Schauffele, yang mendahului bersendirian buat kali pertama selepas aksi 54 lubang sepanjang karier Jelajah PGA, kini tiga pukulan mendahului Gary Woodland (69) di tangga ketiga.

Patrick Reed dan Joaquin Niemann, yang memulakan tee dengan satu pukulan di belakang Schauffele, kedua-duanya melakukan 74 pukulan, ketinggalan empat pukulan berbanding pendahulu.

Schauffele bangkit daripada ketinggalan lima pukulan pada lubang terakhir tahun lalu, melakukan 62 pukulan, dan berhasrat mendahului seawal permainan kali ini.

“Saya berada di zon baru, gah berada di depan,” kata pemilik empat gelaran Jelajah PGA.

“Hari esok akan jauh lebih berangin, saya melihatnya dalam ramalan cuaca. Anda boleh menjangkakan banyak perkara akan berlaku dan saya akan mengikut rentak.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 11:50 AM