PEMAIN meraikan kemenangan mereka selepas perlawanan bola sepak Kumpulan B Arab Gulf Cup 24 di antara Kuwait dan Bahrain di Stadium Antarabangsa Khalifa di ibu negara Qatari Doha. FOTO AFP
PEMAIN meraikan kemenangan mereka selepas perlawanan bola sepak Kumpulan B Arab Gulf Cup 24 di antara Kuwait dan Bahrain di Stadium Antarabangsa Khalifa di ibu negara Qatari Doha. FOTO AFP
Reuters

AKRAM Afif menjaringkan dua gol bagi memberikan Qatar kemenangan 4-2 ke atas pencabar Kumpulan A Emiriah Arab Bersatu dan tiket ke separuh akhir Piala Negara Teluk malam tadi.

Akram yang terpilih sebagai Pemain Terbaik Asia sebelum itu, meletakkan tuan rumah di depan seawal 20 minit pertama dan penyerang Al-Sadd itu menggandakan jaringan pada minit ke-28 menerusi penalti selepas merujuk kepada VAR.

Ali Mabkhout merapatkan jurang buat Emiriah Arab Bersatu pada minit ke-33 menerusi penalti tetapi Hassan Al-Haidoos menjadikan kedudukan 3-1 buat juara Asia itu empat minit selepas separuh masa kedua.

Ali kembali menjaringkan gol buat UAE, gol kelimanya dalam tiga perlawanan selepas minit ke-77 tetapi Boualem Khoukhi mengesahkan kemenangan Qatar menerusi tandukan pada minit terakhir.

Iraq mendahului kumpulan dengan tujuh mata, satu mengatasi Qatar, selepas seri tanpa jaringan dengan Yaman menakala Emiriah Arab Bersatu mengumpul tiga mata di tempat ketiga.

Dalam Kumpulan B, Arab Saudi meraih kemenangan 3-1 keatas juara bertahan Oman hasil jaringan berganda Hattan Bahebri untuk pertemuan separuh akhir dengan Qatar, tuan rumah Piala Dunia 2022.

Arab Saudi mendahului kumpulan dengan enam mata, dua mengatasi Bahrain yang menewaskan Kuwait 4-2 selepas jaringan saat akhir daripada pemain gantian Thiago Augusto untuk mengatasi Oman dari segi perbezaan gol.

Bahrain akan menentang Iraq untuk tiket ke final.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Disember 2019 @ 10:20 AM