Mourinho tolak tawaran lumayan Real. FOTO REUTERS
Mourinho tolak tawaran lumayan Real. FOTO REUTERS
Agensi

BOS Tottenham Jose Mourinho dilaporkan menerima tawaran sebanyak £12 juta pound (RM65j) daripada Real Madrid untuk menolak tawaran kelab gergasi lain sementara menanti Zinedine Zidane meninggalkan kelab itu.

Pengendali dari Portugal itu mengambil alih tempat kerusi panas di utara London selepas kelab itu memecat Mauricio Pochettino dengan pengurus berusia 56 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan menyertai Los Blancos ketika gergasi Sepanyol itu membuat permulaan kurang menyakinkan dalam saingan La Liga.

Zidane kemudian kekal bersama kelab itu selepas mempamer perubahan prestasi manakala Mourinho memilih menyertai Spurs biarpun mendapat beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar yang lain.

Kelab seperti Borussia Dortmund, AC Milan, Lyon dan kelab Liga Super China dikhabarkan sedia mendapatkannya selepas dia berehat selama setahun selepas dipecat oleh Manchester United pada 2018.

Menurut media Britain, Madrid akan berbelanja besar untuk memastikan pemenang dua kali Liga Juara-Juara (UCL) itu kekal sebagai ejen bebas dan mengambil alih sekiranya mereka tidak lagi mendapat khidmat Zidane.

Mourinho dikatakan bersedia mengambil tugasan Spurs dan sebaik peluang itu terbuka, pengendali Portugal itu tahu ia peluang terbaiknya dan bersedia untuk menolak tawaran lain.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 5:36 PM