Skuad Kedah mahu rembat tiga mata di Alor Setar. FOTO NSTP
Skuad Kedah mahu rembat tiga mata di Alor Setar. FOTO NSTP
Izzali Ismail


PENOLONG jurulatih Kedah, Victor Andrag dan Azmi Mohamed berharap pemain meningkatkan fokus memastikan Lang Merah meraih tiga mata pada aksi Liga Super menentang Perak di Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok.

Menurut Victor, Kedah kini berada pada kedudukan keempat Liga Super tidak mahu lagi kempunan berkongsi mata menentang Terengganu FC (TFC) selepas seri 2-2 di Kuala Terengganu.

"Kami akan beraksi dilaman sendiri dan tak boleh lagi tercicir mata memandangkan saingan pasukan atas Liga Super hampir ke penghujungnya.

"Saya berharap semua pemain bangkit selepas seri bertemu Terengganu Selasa lalu.

“Jadi pemain harus mengambil kesempatan beraksi dilaman sendiri kali ini," katanya.

Victor sudah berbincang strategi digunakan pada hari perlawanan dengan ketua jurulatih Aidil Sharin Shahak yang sedang mengikuti Kursus Kejurulatihan sehingga 19 Julai ini.

Bekas pemain Kedah itu mahu skuadnya mematahkan serangan sayap Perak kendalian Mehmet Durakovic yang sentiasa memiliki larian pantas.

Kedah kini mengumpul 31 mata, berkelebihan satu mata di depan Perak mengumpul 30 mata yang berada pada kedudukan keenam liga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 3:22 PM