Pemain Tunisia, Ferjani Sassi (tengah) melepasi pemain Madagascar dalam aksi Piala Negara Afrika. FOTO EPA
Pemain Tunisia, Ferjani Sassi (tengah) melepasi pemain Madagascar dalam aksi Piala Negara Afrika. FOTO EPA
Reuters

TUNISIA mengakhiri aksi cemerlang Madagascar dalam saingan Piala Negara Afrika selepas menewaskan pasukan pada ranking yang lebih rendah 3-0 di suku akhir pagi ini, sekali gus mencatat kemenangan pertama dalam kejohanan itu.

Madagascar, negara yang kurang dikenali dengan tradisi bola sepak dan tidak dijangka dapat melepasi peringkat kumpulan pada penampilan pertama pusingan akhir kejohanan berjaya bertahan sehingga separuh masa kedua sebelum jaringan Ferjani Sassi menyentap semangat pasukan itu.

Youssef Msakni menambah gol kedua minit ke-60 buat Carthage Eagles, ranking ke 25 dunia berbanding Madagascar 107, dan pemain gantian Naim Sliti memastikan kemenangan selesa Tunisia untuk memastikan tempat ke separuh akhir berdepan Senegal pada Ahad.

Tunisia mencatat keputusan seri dalam empat perlawanan terdahulu dalam kejohanan antara benua Afrika itu termasuk mengalahkan Ghana menerusi penalti dalam saingan 16 terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 6:58 AM