Pemain Real Madrid, Gareth Bale (kanan) berdepan pemain Rayo Vallecano, Tito pada aksi La Liga. FOTO Reuters.
Pemain Real Madrid, Gareth Bale (kanan) berdepan pemain Rayo Vallecano, Tito pada aksi La Liga. FOTO Reuters.
AFP

ZINEDINE Zidane memohon maaf dan berharap supaya penderitaan Real Madrid pada musim ini berakhir selepas mereka dikalahkan oleh kelab tangga ke-19 La Liga, Rayo Vallecano, awal pagi ini.

Tindak balas Real susulan kejayaan Barcelona mengesahkan gelaran La Liga, Sabtu lalu cukup mengecewakan apabila mereka tewas 1-0 di Vallecas sekali gus ketinggalan 18 mata di belakang seteru utamanya itu.

Zidane yang mengambil alih tugas di Madrid mengetahui akan tentangan untuk mencabar kejuaraan sudah berakhir apabila ketinggalan 12 mata di belakang Barca.

Namun untuk mengejar pasukan tangga kedua, Atletico Madrid yang kini mengatasi mereka dengan sembilan mata di depan adalah tidak mustahil.

Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane. FOTO EPA.
Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane. FOTO EPA.

Penalti Adri Embarba, yang diperoleh menerusi Penolong Pengadil Video (VAR), sudah cukup buat Rayo, yang melonjak enam mata dengan berbaki tiga perlawanan liga.

“Hari ini kami tidak melakukan apa-apa,” kata Zidane. “Dari permulaan awal permainan sehingga tamat, dari semua peringkat.

“Kadangkala kamu tidak boleh melakukan jaringan tetapi hari ini kami langsung tidak mencipta peluang menjaringkan gol, seperti tidak beraksi langsung.

“Kami pastinya sangat marah. Saya sangat marah, kerana aksi yang kami tampilkan pada hari ini sangat buruk.

“Saya bertanggungjawab sama untuk ini, bukan hanya pemain. Namun kami harus memohon maaf atas persembahan kami hari ini, semua daripada kami.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 10:05 AM