Ronaldo (tengah) jaring gol buat Juventus ketika menentang Inter Milan awal pagi ini. FOTO AFP.
Ronaldo (tengah) jaring gol buat Juventus ketika menentang Inter Milan awal pagi ini. FOTO AFP.
Reuters

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol ke 600 untuk karier kelabnya sekali gus membolehkan juara Itali, Juventus mencatat keputusan seri 1-1 di gelanggang Inter Milan dalam aksi Serie A, awal pagi ini.

Kelab Turin itu menamatkan kempen dengan merangkul kejayaan kejuaraan kelapan liga minggu lalu, namun Juventus ketinggalan hasil jaringan menarik pemain tengah Inter, Radja Nainggolan.

Bagaimanapun, bintang Portugal itu membuktikan ketajaman sentuhan penyudah pada separuh masa kedua permainan untuk melengkapkan 20 jaringan di peringkat liga pada musim ini, menghampiri dua gol dengan pendahulu jaringan Serie A, Fabio Quagliarella dari Sampdoria.

Inter kekal kedudukan ketiga di tangga liga dengan 62 mata, empat mata mengatasi AS Roma keempat manakala Juventus hanya tercicir mata pada enam perlawanan dalam 34 perlawanan musim ini mengumpul 88 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 7:27 AM