Dyball Benjamin (TSC) menjuarai peringkat keempat dalam saingan LTdL. FOTO Ihsan Media 247.
Dyball Benjamin (TSC) menjuarai peringkat keempat dalam saingan LTdL. FOTO Ihsan Media 247.
Pemenang jersi hijau, Mccabe Travis (FPC), pemenang jersi kuning, Dyball Benjamin (TSC), pemenang jersi merah, Lyons Angus (OLI) dan pemenang jersi putih, Pronskiv Vadim (VAM) selepas penyampaian hadiah LTdL 2019. FOTO Ihsan Media 247.

BERNAMA

PELUMBA pasukan Team Sapura Cycling (TSC), Muhammad Zawawi Azman mengakui bahawa membantu rakan sepasukannya, Benjamin Dyball merampas jersi kuning (pendahulu keseluruhan) perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) adalah lebih penting daripada beliau mengejar untuk gelaran Pelumba Terbaik Asia (jersi putih).

Pelumba berusia 29 tahun itu menamatkan saingan hari ini di tempat ke-26 untuk muncul Pelumba Terbaik Malaysia dengan catatan masa tiga jam, 27 minit dan 15 saat pada Peringkat Keempat dari Shah Alam ke Genting Highlands sejauh 114.2km, yang merupakan peringkat paling mencabar.

Bagaimanapun, ia tidak cukup untuk muncul pelumba Terbaik Asia, apabila pelumba dari Kazakhstan, Vadim Pronskiy mewakili Vino-Astana Motors menamatkan perlumbaan di tempat keempat (3’23:01s) untuk merampas jersi putih daripada pelumba Pasukan Kebangsaan Malaysia, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri.

AKSI  Benfatto selepas tiba di garisan penamat di Pekan Kuah. - FOTO AFP
AKSI Benfatto selepas tiba di garisan penamat di Pekan Kuah. - FOTO AFP

Pronskiy kini mendahului carta pelumba Asia dengan catatan masa keseluruhan 17:26:47s, iaitu kelebihan empat minit dan 32 saat berbanding Muhammad Zawawi yang berada di tempat kelima (17’31:19s).

“Buat masa ini saya rasa membantu pasukan mempertahankan jersi kuning adalah lebih penting, kerana saya agak ketinggalan di kedudukan Asia. Sasaran hari ini memang untuk Dyball tamatkan di tempat pertama dan saya menamatkan selaku pelumba terbaik Asia, tapi tak jadi,” katanya kepada pemberita.

Pelumba dari Australia, Dyball merampas jersi kuning daripada Travis McCabe dari Floyd's Pro Cycling Team selepas menjuarai peringkat hari ini dengan catatan masa 3’22:02s.

Pelumba Colombia, Hernan Ricardo daripada Interpro Cycling Academy dan (3:22.25s) pelumba Amerika, Keegan Swirbul dari Floyd's Pro Cycling Team (3:22:46s) masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga pada hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2019 @ 12:14 AM