DE Jong (kanan) jadi perhatian PSG, Barca, City.
DE Jong (kanan) jadi perhatian PSG, Barca, City.
Agensi

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) kekal optimis dapat mengatasi saingan Barcelona dan Manchester City bagi mendapatkan pemain tengah Ajax, Frenkie de Jong pada musim panas ini, menurut sumber rapat dengan juara Perancis itu kepada ESPN FC.

Pemain Belanda itu menjadi buruan kelab utama Eropah tetapi PSG, Barca dan City diletakkan sebagai tiga pilihan utama pemain berumur 21 tahun itu.

Jaminan tempat dalam kesebelasan utama, kaedah latihan menarik di bawah Thomas Tuchel, di samping peluang bermain bersama Neymar dan  Mbappe mampu menarik minat De Jong memilih PSG.

Bagaimanapun, jaminan sebagai peranan utama di Parc des Princes bakal mendorong De Jong ke Paris tidak seperti Barca atau City.

Satu lagi sumber berkata, PSG menghubungi ejen De Jong, Ali Dursun hampir setiap hari untuk meyakinkan mereka tentang kepentingan De Jong bagi masa depan kelab itu.

Biarpun Barca mencuba sebaik mungkin, mereka berkemungkinan menjadikan Adrien Rabiot yang tiba dari PSG sebagai pilihan mengisi barisan pemain tengah, menyebabkan De Jong lebih terarah ke Perancis.

De Jong tidak akan menyertai kelab baru sehingga musim panas ini apabila dia jelas menyatakan tidak akan meninggalkan Ajax pada bulan ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 January 2019 @ 10:02 AM