PERTAHANAN AC Milan, Andrea Conti digantung tiga perlawanan. FOTO Agensi
PERTAHANAN AC Milan, Andrea Conti digantung tiga perlawanan. FOTO Agensi
Reuters

MILAN: Penantian pertahanan AC Milan, Andrea Conti untuk kembali beraksi selepas dihantui kecederaan selama setahun berakhir dengan penggantungan tiga perlawanan selepas dia menumbuk pintu bilik pengadil.

Selain itu, Conti, 24 yang tidak bermain sejak Ogos tahun lalu selepas mengalami kecederaan lutut turut menghina pegawai perlawanan selepas permainan pasukan remaja kelab itu berakhir.

Selain Conti, Pengarah Milan, Paolo Maldini yang menghabiskan kariernya selama 25 tahun di kelab itu turut digantung selama seminggu kerana menghina pegawai perlawanan selepas perlawanan Serie A menentang Chievo.

Tribunal disiplin Serie A berkata Conti “menemui pengadil berkenaan di bilik persalinan selepas perlawanan berakhir dan menghalangnya daripada menutup pintu dengan menumbuknya.” 

“Pada masa sama, dia menjerit sesuatu yang pedih terhadap pengadil berkenaan.”

Sementara itu, kenyataan itu turut menambah yang Maldini "memasuki bilik persalinan pengadil tanpa kebenaran dan mengeluarkan kata-kata hinaan terhadapnya.”

Maldini mencipta rekod Serie A apabila membuat 647 penampilan bersama Milan sebelum bersara di usia 40 tahun pada 2009.

Beliau turut mencipta rekod kelab apabila melakukan 902 penampilan bersama kelab itu dalam semua kejohanan, memenangi tujuh gelaran Seria A dan liga gelaran Piala Eropah atau Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 November 2018 @ 11:04 PM