VAN Dijk (kanan) menjatuhkan Sane dalam kotak penalti. -Foto Reuters
VAN Dijk (kanan) menjatuhkan Sane dalam kotak penalti. -Foto Reuters

LIVERPOOL: Virgil van Dijk cukup lega selepas Liverpool tidak tewas apabila dia menghadiahkan penalti kepada Manchester City, pada penghujung aksi malam tadi dan bernasib baik kerana Riyad Mahrez gagal menyempurnakan sepakan.

City, juara bertahan Liga Perdana Inggeris, diberikan ‘hadiah’ terbesar untuk pulang selaku pemenang di Anfield buat kali pertama sejak 2003, apabila Van Dijk menjatuhkan Leroy Sane di dalam kotak penalti, lima minit sebelum tamat perlawanan.

Namun, Mahrez, yang merekodkan rekod kelab selaku pemain paling mahal menyepak bola tinggi dan kebiasaannya, Sergio Aguero diberi tugas mengambil sepakan penalti, namun pemain Argentina itu sudah dikeluarkan Pep Guardiola.

“Memang kurang bijak untuk jatuh di sana,” kata Van Dijk kepada Sky Sports.

“Ia penalti dan tidak sepatutnya berlaku, tetapi saya gembira kerana ia tidak masuk,” katanya sambil menegaskan, dia menyaksikan sepakan penalti, bukannya seperti sesetengah pemain yang tidak sanggup melihatnya.

“Saya melihatnya kerana saya mahu bertindak balas jika bola muntah,” jelas Van Dijk. “Mereka beraksi bagus, kami juga begitu sehinggalah kepada detik penalti itu.

“Kami tidak bernasib baik kerana gagal menjaringkan gol. Ia perlawanan yang sukar menentang juara, dan saya gembira kami mengekalkan aksi tanpa bolos,” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Oktober 2018 @ 12:48 PM