PEMAIN Pahang, Mohmadou Sumareh (tengah) diasak pemain PKNP FC, Ahmad sukri Hamid (kiri) pada saingan Liga Super 2018 di Stadium Darul Makmur. FOTO Farizul Hafiz Awang
PEMAIN Pahang, Mohmadou Sumareh (tengah) diasak pemain PKNP FC, Ahmad sukri Hamid (kiri) pada saingan Liga Super 2018 di Stadium Darul Makmur. FOTO Farizul Hafiz Awang
Asrol Awang


JUARA Piala FA, Pahang gagal mempamer aksi terbaik apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan PKNP FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Tanpa empat pemain utama yang digantung perlawanan dan kecederaan iaitu Matthew Davies, Patrick Cruz, Muslim Ahmad dan Faisal Rosli menyaksikan jentera Pahang gagal beraksi dengan cemerlang.

Pada perlawanan itu, peluang terbaik tuan rumah hadir menerusi percubaan Norshahrul Idlan Talaha yang berjaya ditepis penjaga gol lawan, Syazani Mat Puat pada minit ke-22.

Minit ke-30, kapten PKNP, Hafiz Ramdan turut mempunyai peluang menjaringkan gol pendahuluan tetapi sedikit tersasar di sebelah kiri tiang gol Pahang.

Skuad Tok Gajah yang meraikan kejayaan menjulang Piala FA selepas menewaskan Selangor 2-0 Sabtu lalu, terpaksa akur berkongsi satu mata dengan PKNP.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Julai 2018 @ 12:05 AM