BINTANG Uruguay, Luis Suarez (kiri) meraikan kejayaan mara ke pusingan kalah mati bersama rakan sepasukan selepas berjaya menewaskan Arab Saudi 1-0 di Stadium Rostov Arena, malam tadi. FOTO Reuters
BINTANG Uruguay, Luis Suarez (kiri) meraikan kejayaan mara ke pusingan kalah mati bersama rakan sepasukan selepas berjaya menewaskan Arab Saudi 1-0 di Stadium Rostov Arena, malam tadi. FOTO Reuters
Reuters

ROSTOV-ON-DON, Russia: Uruguay menewaskan Arab Saudi 1-0 awal pagi tadi hasil jaringan tunggal penyerang Luis Suarez yang melonjakkan pasukan Amerika Selatan itu dan tuan rumah Russia ke peringkat kalah mati dan menyingkirkan Arab Saudi.

Suarez yang membuat penampilan ke-100 buat pasukan kebangsaan, menjadi pemain Uruguay pertama menjaringkan gol dalam tiga edisi Piala Dunia susulan kesilapan penjaga gol  Mohammed Al-Owais hasil sepakan sudut pada minit ke-23.

Namun aksi suam-suam kuku Uruguay ketika berdepan Arab Saudi, pasukan di ranking kedua terbawah dalam kejohanan itu masih gagal menyekat kebimbangan terhadap Suarez, 31, yang dikatakan tidak berada pada tahap terbaik dan tidak berupaya membawa pasukan juara dua kali itu lebih jauh di Russia.

Uruguay dan Russia dalam Kumpulan A akan berdepan Sepanyol, Perancis atau Iran dari Kumpulan B pada pusingan kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 2:14 AM