FELLAINI (tengah) jaring gol kemenangan United. FOTO/AFP
FELLAINI (tengah) jaring gol kemenangan United. FOTO/AFP
AFP

MANCHESTER, United Kingdom: Arsene Wenger diberikan penghormatan oleh Manchester United ketika kunjungan terakhirnya ke Old Trafford selaku pengurus Arsenal namun sekali lagi ditewaskan di padang ketika tandukan masa tambahan Marouane Fellaini memberikan tuan rumah kemenangan 2-1.

Wenger disambut bekas bos United, Sir Alex Ferguson dan pengurus ketika ini, Jose Mourinho sebelum sepak mula dan turut diberikan cenderamata kenangan.

Bagaimanapun pengendali dari Perancis itu mengalami kekalahan yang menyebabkan Arsenal yang berkedudukan keenam secara matematik tidak akan berupaya berada di kelompok empat teratas.

Fellaini melonjak tinggi untuk mencipta jaringan kemenangan selepas jaringan babak kedua Henrikh Mkhitaryan berdepan kelab lamanya menyamakan kedudukan selepas gol awal Paul Pogba.

ANGGOTA polis dan tentera memeriksa kenderaan di sekatan jalan raya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. FOTO Fathil Asri.
ANGGOTA polis dan tentera memeriksa kenderaan di sekatan jalan raya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. FOTO Fathil Asri.

United kini mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dan semakin hampir dengan sasaran sekurang-kurangnya tempat kedua terbaik di belakang Manchester City dengan membuka jurang lima mata berbanding Liverpool.

Ferguson memberitahu laman sesawang United menjelang pertemuan itu bahawa pertembungan selama bertahun dengan skuad terkuat Wenger sejak berdekad lalu “mewujudkan Liga Perdana.”

Namun ia adalah petanda bagaimana Arsenal sudah jatuh dengan Wenger melakukan lapan perubahan daripada skuad yang seri 1-1 berdepan Atletico Madrid pada separuh akhir pertama Liga Europa awal pagi Jumaat lalu ketika dia sudah berputus asa untuk kedudukan empat terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 April 2018 @ 2:25 AM