PATRICK Reed muncul juara golf Masters ke-82, selepas merakam 1 bawah par 71 pada hari terakhir saingan. - Foto AFP
PATRICK Reed muncul juara golf Masters ke-82, selepas merakam 1 bawah par 71 pada hari terakhir saingan. - Foto AFP

AUGUSTA, Amerika Syarikat: Patrick Reed muncul juara golf Masters ke-82, selepas merakam 1 bawah par 71 pada hari terakhir saingan untuk mengenepikan cabaran pemain Amerika Syarikat, Rickie Fowler dengan kelebihan satu pukulan.

Kejayaan itu adalah yang pertama buat Reed dalam kejuaraan major sepanjang kariernya.

Reed, 27, yang berada di ranking ke-24 dunia, melakukan empat birdie dan tiga bogey untuk catatan keseluruhan 15 bawah par 273 di Augusta National Golf Club.

Dia berjaya memperbaiki pencapaian peribadi terbaiknya dalam kejuaraan major, selepas terikat di kedudukan kedua di Kejuaraan PGA, pada Ogos lalu. - AFP

Keputusan (kedudukan 10 terbaik):

273 - Patrick Reed (USA) 69-66-67-71

274 - Rickie Fowler (USA) 70-72-65-67

275 - Jordan Spieth (USA) 66-74-71-64

277 - Jon Rahm (ESP) 75-68-65-69

279 - Cameron Smith (AUS) 71-72-70-66, Bubba Watson (USA) 73-69-68-69, Henrik Stenson (SWE) 69-70-70-70, Rory McIlroy (NIR) 69-71-65-74

280 - Marc Leishman (AUS) 70-67-73-70

281 - Tony Finau (USA) 68-74-73-66, Dustin Johnson (USA) 73-68-71-69

282 - Charley Hoffman 69-73-73-67, Justin Rose (ENG) 72-70-71-69, Louis Oosthuizen (RSA) 71-71-71-69

283 - Paul Casey (ENG) 74-75-69-65, Russell Henley (USA) 73-72-71-67

284 - Justin Thomas (USA) 74-67-70-73, Tommy Fleetwood (ENG) 72-72-66-74

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 9:44 AM