KHAIRY Jamaluddin (tengah) bersama Exco Belia, Sukan dan Warisan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan serta penaja bergambar dengan pelumba  selepas merasmikan Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke 25 Kejuaraan Cub Prix dan Perasmian Litar Tangkak di Tangkak Racing Track, Gersik. - Foto Adi Safri
KHAIRY Jamaluddin (tengah) bersama Exco Belia, Sukan dan Warisan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan serta penaja bergambar dengan pelumba selepas merasmikan Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke 25 Kejuaraan Cub Prix dan Perasmian Litar Tangkak di Tangkak Racing Track, Gersik. - Foto Adi Safri
Badrul Kamal Zakaria


PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yakin dapat meneruskan rentak cemerlang pada perlumbaan di Autodromo Termas de Rio Hondo, Argentina pada 9 April ini.

Pelumba pasukan Monster Yamaha Tech 3 itu berkata keyakinan itu bersandarkan kepada keupayaan jenteranya menyaingi pasukan lain pada saingan MotoGP nanti.

“Saya fokus race (perlumbaan) akan datang untuk memungut point lagi. Saya tidak tahu lagi target (sasaran) tetapi akan cuba yang terbaik. Kalau boleh ambil point dulu, itu yang penting.

“Kalau dapat top ten (10 terbaik) tu dikira sebagai bonus untuk saya. Jentera motosikal juga dalam prestasi terbaik sebab team (Monster Yamaha Tech 3) memang terbaik yang boleh saingi team factory (pasukan lain),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Tangkak Racing Track dan Kejuaraan Cub Prix Malaysia 25 tahun di Litar Lumba Tangkak, Gersik di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Hafiz Syahrin yang kini menghuni tangga ke-14 perlumbaan MotoGP berkata, beliau semakin mengenali jenteranya dan mula serasi untuk meneruskan perlumbaan pada sirkit akan datang.

“Saya semakin mengenali jentera dan sudah serasi. Cuma perlu belajar mengenali dari segi elektronik. Saya fokus tiga jam sehari sebagai persediaan untuk perlumbaan.

“Setakat ini, team (pasukan Monster Yamaha Tech 3) banyak memberi tunjuk ajar dan mereka juga banyak membantu saya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 April 2018 @ 9:39 PM