PASUKAN negera sedia hadapi tentangan sengit daripada Argentina. FOTO/BERNAMA
PASUKAN negera sedia hadapi tentangan sengit daripada Argentina. FOTO/BERNAMA
Jugjet Singh


ARGENTINA hanya berharap kepada sentuhan pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia Gonzalo Peillat.

Dia hanya baru berusia 25 tahun, tetapi sudah menjulang Argentina meraih tempat ketiga Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda dengan muncul penjaring terbanyak 10 gol.

Pencapaian terbaik Peillat setakat ini adalah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Rio 2016 dan dia sekali lagi mengungguli carta penjaring terbanyak dengan 11 gol.

Pasukan Hoki Terengganu (THT) menagih khidmatnya dalam saingan Liga Hoki Malaysia, yang mana dia turut muncul penjaring terbanyak dengan 16 gol untuk menjulang gergasi Pantai Timur itu meraih gelaran liga.

Malah, dia terus membuktikan ketajamannya pada saingan Piala Sultan Azlan Shah apabila merakam dua hatrik berturut-turut untuk membantu Argentina mengatasi India 3-2 dan England 4-1.

PEILLAT  (tiga dari kanan) sandaran Argentina.FOTO/ABDULLAH YUSOF
PEILLAT (tiga dari kanan) sandaran Argentina.FOTO/ABDULLAH YUSOF

Dan esok, dia sekali lagi diletakkan harapan untuk menjadi pemusnah Malaysia dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Azlan Shah, di sini.

“Kali terakhir kami bertemu Argentina pada kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2017 dan kami tewas 5-2 (dalam aksi Kumpulan A) sebelum tewas sekali lagi 2-1 di separuh akhir.

“Mereka adalah juara Olimpik dan saya menjangkakan mereka akan memberi kesukaran tetapi kami sudah bersedia untuknya.

“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar, dan kami perlu berhati-hati dengan pukulan sudut penalti mereka kerana Peillat meledak empat gol ketika kami tumpas 5-2 di London, dan dia sudah menjaringkan enam gol dalam dua perlawanan setakat ini,” kata pengendali Malaysia, Stephen Van Huizen.

Jadual Esok

England mln Ireland, 4ptg

India mln Australia, 6ptg

Malaysia mln Argentina, 8.30mlm

*Semua perlawanan di Stadium Hoki Azlan Shah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Mac 2018 @ 9:17 PM