PEMAIN Sepanyol akan berdepan Argentina  27 Mac ini. FOTO/AFP
PEMAIN Sepanyol akan berdepan Argentina 27 Mac ini. FOTO/AFP
AFP

MADRID: Sepanyol akan berdepan satu lagi juara Piala Dunia, Argentina dalam perlawanan persahabatan di Wanda Metropolitano, 27 Mac ini, menjelang kejohanan sebenar yang bakal berlangsung di Russia.

Ia adalah perlawanan antrabangsa pertama diadakan di stadium baru Atletico Madrid.

Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) turut mengumumkan bahawa pasukan Julen Lopetegui yang mengekalkan rekod kemenangan sejak 2016, akan beraksi dalam perlawanan pemanas badan pada Jun, menetang Switzerland di Sepanyol dan Tunisia di Russia.

Argentina memenangi pertemuan terakhir kedua-dua pasukan 4-1 pada 2010 selepas Sepanyol menjuarai Piala Dunia tahun itu.

RFEF sudah pun menganjurkan perlawanan persahabatan pada 23 Mac ini menetang juara bertahan Jerman di Duesseldorf.

Sepanyol akan memulakan kempen Piala Dunia menentang juara Eropah Portugal di Sochi pada 15 Jun disusuli perlawanan menentang Maghribi dan Iran dalam aksi Kumpulan B.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2018 @ 8:53 AM